Friday, 1 November 2013

Fakta: KHASIAT GARAM

Posted by mrs maryam at 12:11 0 comments

Kita disogok dgn fakta palsu."Ambik garam lebih boleh kena penyakit darah tinggi... ni protokol yahudi.

"Back to cara hidup nabi... Sblm mkn nabi letak secubit garam di lidah utk elak santau dan tapis makanan yg akan di makan ... 

Sampai di tempat baru...nabi ambil garam dahulu utk sesuaikan hormon tubuh di tempat baru... 

Utk ubat penyakit rohani, air perlu di campur garam terutama untuk ubati sihir dan santau ...kenapa?

Allah cipta garam adalah sebagai penarik toksid/asid/racun dlm darah atau tubuh dan juga penarik unsur2 negatif (pengamalan darus syifa' utk bersih rumah atau pagar rumah perlu tabur garam di sekeliling rumah. Garam juga unsur yg boleh imbangkan balik sistem tubuh kita ...ini sunnah Nabi...

Tp garam boleh jd rosak apabila dimasak atau bertindak balas dgn suhu tinggi/panas. Maksudnya kalau hendak masak, guna garam bukit dan jangan bubuh garam semasa makanan gelegak atas dapur.Tutup api dan biar suhu turun dahulu baru letak garam. Kita panggil "bubuh garam atas darat" mcm orang Arab lakukan. Letak garam semasa hendak makan.

Mengapa? Garam mengandungi sodium dan potassium. Tubuh perlu potassium lebh. Kalau panas, garam hanya tinggal sodium.Potassium akan rosak dlm suhu panas. Oleh kerana tu boleh terkena darah tinggi.

#Plz fowrd pada rakan lain

 ~Sharing is caring~

Friday, 13 September 2013

Bagaimana untuk kita merawat rasa marah dan kecewa kita kepada anak-anak?

Posted by mrs maryam at 11:19 0 comments

'Saya dah buat macam-macam cara dengan anak saya tetapi sama sahaja. Dia tetap macam tu jugak degilnya.
'Pernah terlintas kata-kata ini?Jika ya, istigfar banyak-banyak. Apa yang kita fikir, cakap dan rasa adalah DOA.

Cara untuk merawat rasa marah kita adalah:

♥ Sumpah
Ya, sumpah perkara yang baik-baik dengan mereka.Contohnya, 'Ibu sumpah adik berjaya macam Bill Gates!' Anak ini terpaksa berjaya, murah rezeki dan hebat sepertinya.

♥ Doa
Apabila kita marah, terus berdoa depan anak tersebut. ' Ya Allah, lembutlah hati ini untuk Alia sentiasa dengar kata ibu dan menjadi anak yang sentiasa disayangi oleh Allah.'

♥ Senyap
Jika kita tidak mampu sangat untuk menahan marah, adalah lebih baik untuk kita senyap, senyum dan minum air. Tarik nafas dan elakkan daripada dekat dan pandang anak itu. Pandangan marah seorang ibu/bapa kepada anak membuatkan anak menjadi mudah meragam terutama apabila waktu tidur.

■ Liyana Malek
http://7saatanakdengarkata.blogspot.com/

Friday, 6 September 2013

Bagaimana mententeramkan anak yang bergaduh sesama sendiri?

Posted by mrs maryam at 14:53 0 comments

1. Tenang
Kita terlebih dahulu kena tenang dan sabar dengan apa yang berlaku. Jika tidak mampu untuk mengawal keadaan anak-anak tersebut, minta bantuan sekiranya perlu.

2. Adil
Abang juga anak kita. Adik juga pun anak kita. Maka, berlaku adil adalah sangat penting kerana silap sedikit menyebabkan anak-anak ini bakal bergaduh dalam jangka masa yang lama.

3. Mohon penjelasan
Sebelum membuat kesimpulan atas apa yang berlaku. Minta setiap anak yang berkelahi meluahkan perasaan mereka. Lihat apa jawapan yang diberikan oleh anak ini.

Source : Liyana Malek
http://7saatanakdengarkata.blogspot.com/

TIPS Bagaimana cara yang betul untuk membersihkan alat sulit bayi??

Posted by mrs maryam at 08:59 0 comments

Menjaga alat sulit bayi lelaki 

♥ Semasa menukar lampin dan mandi, cuci atau sapu di sekeliling penis dan skrotum bayi untuk membuang sebarang kekotoran yang ada. Selepas menukar lampin, gunakan kain basah atau kapas.

♥ Sebenarnya semasa bayi, penis bersih secara semulajadi, jadi jangan menarik kulup penis untuk mencucinya kerana anda tidak dapat menariknya kembali ke tempat asal.

♥ Kulup penis bayi terlekat kepada kepala penisnya. Kulup ini akan tercerai daripada penis menjelang usia dua tahun. Tidak perlu cuba menceraikannya sebelum itu kerana anda mungkin mencederakannya.

♥ Memaksa kulup ke belakang boleh menyebabkan kekoyakan, dan ini akan mencederakan bayi dan meninggalkan parut. Ia juga mungkin menyebabkan masalah bagi bayi anda di kemudian hari.

♥ Jika bayi disunatkan, anda boleh mencuci penisnya semasa mandi. Selepas mandi sapu sedikit jeli petroleum pada penisnya untuk melindungi daripada bergeser dengan lampin.

♥ Sesekali biarkan bayi tidak berlampin seketika bagi membolehkan kemaluannya terdedah pada udara dan lebih cepat pulih

♥ Penis bayi yang disunat akan mengambil masa antara tujuh hingga 10 hari untuk pulih. Beberapa hari selepas disunat, penis bayi akan kelihatan merah dan bengkak dan mungkin terdapat lelehan kekuningan.

♥ Ia adalah tanda-tanda pemulihan normal. Sekiranya penis bayi mendapat jangkitan, ia mungkin menjadi merah yang tidak berkurangan atau berdarah, dan hujung penis menjadi bengkak. Bayi anda akan merasa sakit apabila kencing. Jika bayi didapati mengalami salah satu tanda tersebut, segeralah rujuk dengan doktor.

Menjaga alat sulit bayi perempuan

♥ Semasa menukar lampin, gunakan kapas yang dibasahkan dengan air untuk membersihkan alat sulitnya dari arah depan di bawa ke belakang iaitu dari vagina dan uretra (pembukaan melalui mana dia kencing).

♥ Sekiranya lampin bayi dikotori dengan najis dan ada sedikit najis memasuki bibir vagina (labia) bayi, lakukan langkah berikut:*Gunakan jari (bersih) anda untuk membuka bibir vagina bayi.*Guna kapas basah, untuk menyapu tempat itu dari atas ke bawah, atau depan ke belakang, di bahagian tengah.*Kemudian, ambil lagi kapas basah bersih, dan cuci kedua-dua sisi labia di sebelah dalam.

♥ Membersihkan vagina dari depan ke belakang akan membantu mengelakkan bakteria daripada berpindah dari anus bayi ke vagina dan uretra, dan menyebabkan jangkitan. Apabila memandikan bayi, gunakan kain flanel atau span untuk memercikkan air di sekeliling alat sulit, dan sapu dari depan ke belakang.

♥ Dalam beberapa hari pertama, anda mungkin melihat vagina bayi bengkak dan kemerahan, atau dia mengeluarkan lelehan yang jernih, putih atau berdarah sedikit. Jangan panik kerana ia memang perkara biasa dan berlaku disebabkan bayi terdedah kepada hormon ibu semasa masih berada di dalam uterus (rahim) ibu.

♥ Tetapi, sekiranya bayi masih mengalami lelehan selepas enam minggu pertama, beritahu doktor anda semasa pemeriksaan pertama selepas sebulan lahir.

*Sumber : Pa&Ma

Tuesday, 27 August 2013

10 Golongan Manusia diusir dari Padang Mahsyar

Posted by mrs maryam at 05:20 0 comments

Wednesday, 21 August 2013

15 tips murah rezeki

Posted by mrs maryam at 17:07 0 comments

Tuesday, 20 August 2013

Oh pokok ku~

Posted by mrs maryam at 11:22 0 comments

Assalamualaikum

Akhirnya cili benggala ku berbunga & berbuah jua. Xsabar na tuai plak. Akhir2 ni seronok plak brcucuk tanam. Anak pokok tomato & cili semakin membesar dan dalam proses semaian di tapak.

Cili benggala
Pokok Cili Benggala
Anak pokok tomato dlm bekas diy self watering plant (bekas minyak masak)

Monday, 15 July 2013

Kueh seri muka

Posted by mrs maryam at 17:11 0 comments

Assalamualaikum.

Seronoknye smlm 1st time buat kueh seri muka. Jadi. Sedap. Cuma buat half adunan dr resepi asal. Ni pun gara2 request cik abg na mkn. Tau2 je la kuih kat bazar mcmana kan. Kalau ad rezki dptla yg sdap, tp harga... mak aiii...  paroq sungguh!

Credits to akak ni at http://www.resepidaria.com/2011/10/seri-muka-pandan.html

P/S : Guna half je sume bahan2 dlm resepi ni tp xpkai pandan paste, pkai pandan ori j. Kna guna 1 bji telur je kot baru layer hijau lg cantik, tp rasa dia mmg sdap.

Sunday, 7 July 2013

Testing tanam lebihan sayur masakan

Posted by mrs maryam at 00:27 0 comments

Assalamualaikum

Sekarang d waktu senggang, rajin maen and cuci mata kat Pinterest. Semangat gardening bertambah bile tgk blog2 kawan2 yg rajin bkebun. Baru tau certain food scrap dari dapur ble d tanam balik. Ad tjumpa kat pinterest, tanam carrots, celery, bawang dan mcm2 dari scrap dapur. Teruja nak test tanam celery and carrots. Bawang merah, kunyit, cili, tomato mmg da biasa tanam pkai apa yg bli d dapur tuk masakan. Nantikan carrots and celery ye. Hopefully fruitful la kn.

P/S : xsabar nak tgk hasilnye ♥

Tuesday, 2 July 2013

Khatam Al-Quran di bulan Ramadhan kali ni

Posted by mrs maryam at 06:09 0 comments
Assalamualaikum

Tinggal beberapa hari saja bgi menyambut bulan Ramadhan. Tidak mustahil untuk khatam al-quran dalam masa 30. Kita boleh praktikkan juga pada bulan-bulan lain. Masa bulan Ramadhan inilah masa kita menambah sebanyak pahala yg boleh, berganda2 masa ni dpt pahala. Dosa pun memang xtrkira selama 31 tahun ni. Hopefully dpt masuk ke Jannah mu Ya Allah.

Mari kite test cara na khatam ni ♥


Monday, 1 July 2013

Dinner with homemade sizzling yee mee

Posted by mrs maryam at 19:38 0 comments

Assalamualaikum

Dinner with homemade sizzling yee mee dgn leftover apa yg ad dlm peti sejuk. Mee + Daging + cendawan + telur only. Kuah siap in a pot then masak mee plus telur n gravy with pemanggang ajaib. Sodap! Huhu ♥

Thanx to this blog ->
http://kellazule.blogspot.com/2011/12/assalamualaikum.html

P/S : sedap ngetes pemanggang ajaib ni... huhu~

Tuesday, 2 April 2013

Great Homemade PlayDoh

Posted by mrs maryam at 11:53 0 comments
Assalamualaikum

Happy Tuesday! but not so much for me
Perkongsian kali ni is, homemade playdoh. Betul2 playdoh yg texture nye mmg syok in ur hands. A good way to excercise ur kids motor senses with no harm to ur children if they put it in their mouths. 
Cantikkn? combine these colours and u create new colours ♥


Wednesday, 13 March 2013

1st 2013 entry

Posted by mrs maryam at 17:43 0 comments
assalamualaikum ;)

Sori da lama x buat pape post. Terover bz dgn life skrg. 11.01.2013 detik menerima sorang lg hero dlm hidupku. 2 org hero, very tiring n sentiasa cari masa na buat keje rumah n curik masa rehat. Cik abg plak bru confirm dgn kje baru nye d s.alam n haku laks da dkt setahun lak jadi suri umh. Tgh kumpul duit bli umah sndiri laks. huhu~~~

p/s : pening haku mnaip post pakai tab samsung ni, pic x mo lekat2... adeh

Good luck to nursing mummies like me ♥


hero no 2 : saif yg tdo dgn lena nyew ♥

Click! Tabung SYARIF

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
 

m.e.o.w + i.n.g Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting