Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts

Thursday, 21 July 2011

WHI hari ini : Benarkah susu ibu boleh tercemar

Posted by mrs maryam at 10:11 1 comments
Tajuk WHI hari ini adalah : Benarkah susu ibu boleh tercemar?
Panel jemputan: Dr. Norashikin Muhd Fuad- Pakar O&G Hospital Sungai Buloh
                         Pn. Kamariah bt Mohd Alwi - lactation Consultant
                         Dynaz - celebrity dan owner DNA

 
Ibu cuba catat apa yang ibu ingat (sebab time on air tadi, fawwaz nak menyusu pulak, so, ibu cuba gunakan kapasiti hard drive otak ibu ni untuk recall balik isi kandungan topik WHI tadi.

antara soalan yang dikemukakan..

Adakah susu ibu boleh tercemar?
Susu ibu kalau tercemar pun sangat minima.
Ini kerana susu ibu adalah susu HIDUP, manakala susu formula adalah susu mati.
Maknanya dalam susu ibu ada antiviral, antifungal dan antibakteria yang akan melawan viral, bakteria dan fungal dari luar. Even susu ibu kalau dibiarkan tidak bertutup pun, boleh bertahan lama..

Ubat-ubat yang boleh menyebabkan susu tercemar..
Dr. Norashikin menyatakan bahawa ubatan dalam kemoterapi sahaja boleh memberi kesan kepada susu ibu.. ubatan yang lain tidak memberi kesan kepada susu ibu. Ini kerana setiap apa yang dimakan untuk ibu akan ditapis sebelum disalurkan kepada susu ibu. So, kalau demam, selesema, takde masalah untuk ambil ubat-ubatan.

Payudara adalah steril
Pn Kamariah menjelaskan bahawa payudara adalah tempat paling steril. Disebabkan itu semua ibu digalakkan untuk menyusu secara terus dari payudara setaip kali bersama bayi. Ini kerana, 'askar-askar' dalam susu ibu aktif jika keluar dari payudara.. so askar-askar itu akan memberi pertahanan kepada sistem tubuh bayi.
Ini berbeza bila susu yang disimpan. Askar2 tersebut akan tidur dalam suhu yang rendah, bila dipanaskan, mereka perlu berlawan dengan bakteria2 yang telah muncul dalam susu ibu. Namun begitu bakteria itu tidaklah memberi kesan kepada bayi kerana askar2 dalam susu ibu sedang berperang dengan bakteria tersebut (yang ni ibu qouote kata2 Pn Kamariah time kursus MBfPC hari tu)

Susu ibu basi?
Susu ibu tidak akan basi. Susu ibu tidak akan bertukar jadi keju (kata puan Kamariah lagi)..
Susu ibu hanya akan tercemar jika semasa memerah ibu tidak mencuci tangan dengan sempurna, bekas yang digunakan adalah tercemar. maka, tercemarlah susu tersebut.

Susu ibu pelbagai rasa..
Susu ibu mempunyai rasa yang berbeza-beza. Ia mengikut menu ibu pada hari tersebut. Kalau ibu makan durian, baby pun akan merasa susu durian,. kalau ibu makan petai, susu pun akan berperisa petai.
Sebenarnya itulah uniknya susu ibu, kerana bayi yang menyusu susu ibu telah bersedia dengan pelbagai rasa sebelum memulakan solid food. Maka bayi yang menyusu selalunya tidak memilih makan sebab dari baby lagi telah diperkenalkan dengan pelbagai perisa.
Kenyataan ini disahkan oleh Dyna kerana anaknya Khyra, tidak memilih makanan. Dia makan apa yang orang lain makan.

Susu ibu boleh bertukar warna
Betul! Ikut apa yang ibu makan. Kalau hari tu ibu banyak makan sayur hijau. warna susu pun berwarna kehijauan gitu.

Nak kuruskan badan.. BF saja
Pengakuan dari Dynaz.. Sebab setiap kali kawan dia tnaya macam mana dia boleh kuruskan badan dengan cepat.. jawapan dia 1 jer : menyusulah anak anda.
Dan suka sangat dengar Dynaz bercerita tentang dunia BF dia, macam mana Khayra appreciate susunya, bonding yang diceritakan sangat jujur.

Majikan perlu bagi sokongan
Sebelum menutup tirai Dr. Norashikin menyeru kepada semua majikan agar menyokong penyusuan susu ibu.. Ini kerana ia boleh meningkatkan mutu kerja pekerja kerana kurang mengambil cuti disebabkan anak jarang sakit. Selain itu beliau juga menyeru agar para majikan boleh menyediakan tempat khas dan juga 2nd hand fridge untuk pekerja yang menyusukan anak.


Selain daripada itu Dynaz juga ada bercerita tentang cara-cara untuk handle EBM.. Dia menggunakan cooler bag dan icepack yang tahan sehingga 16jam. Dan dia juga menyatakan sebagai seorang selebriti dia rasa amat bertanggungjawab untuk sebarkan maklumat tentang Bf. Dia juga berharap agar BF akan menjadi satu trend kepada ibu-ibu. Bila dah jadi trend, semua orang akan memilih untuk BF. 

Ibu - ibu boleh tengok dekat tonton ye ^_^
tonton-home-shows-lifestyle-wanita hari ini 2011-episode 141 - Wanita Hari Ini 2011 - Episode 141

Credits Hana

Che meow

Thursday, 28 April 2011

Doa bagi Memperbanyakkan Susu Ibu

Posted by mrs maryam at 10:31 0 comments
Kepada ibu-ibu ang menyusukan anak walaupun dah bermacam-macam usaha anda lakukan untuk memastikan susu sentiasa cukup dan meriah tapi jangan lupa untuk berdoa. Kerana kita tahu bahawa susu itu adalah rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T untuk anak kita dan dari Dia jugalah kita memohon agar murah rezeki susu untuk anak kita..InsyaAllah..

"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."

Surah al-Hujurat & al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite.Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah.Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.
Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun... 
 Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Yakinlah.InsyaALLAH susu badan kita akan bertambah jika kite istiqamah dgn amalan yg tersebut di atas....
Che meow

Friday, 1 April 2011

Penyusuan Di Tempat Awam

Posted by mrs maryam at 21:18 0 comments
Semasa first time kluar berjalan2 dgn si comel, SYARIF susahnye bile ada ketika nye dier merengek nak nak nen... Abahnye xbiasa dengan situsi 2 and che meow pun x tau mane na pi nyusu... Then trus cancel lak outing jadinya. Tapi setelah a few times keluar bertiga, abahnye da ble relax dan che meow pun dah bleh budget when he needs his nen.. dan yang penting, abahnye xkisah che meow menyusu di mane pun.. hehehe...
Ni che meow kutip tips dari blog http://www.sarakids.com/blog/?paged=2  sebagai pemberi semangat dan petunjuk untuk nyusukan baby di mane2 aje..

Terdapat beberapa tips yang boleh membantu anda yang masih ragu2 untuk menyusu di khalayak ramai:
1. Baby first. Jgn pedulikan org lain yang sibuk melihat anda. Kat mana2 pun anda, dgn siapa anda, when baby need her “candu”, dia mesti diutamakan dan org lain harus menghormatinya.
2. Tanamkan rasa yakin. Mom, u can. Ya, at first, mengerikan.  Ia akan jadi mudah. Practise makes perfect!
3. Pilih tempat yang ada ramai ibu bapa, kanak2 atau ibu2 lain yang turut menyusukan anaknya. Ini akan sgt menenangkan anda seperti berada di rumah sendiri sekaligus mempercepatkan refleks membebas (let down reflex).
4. Pakailah baju menyusu cardigan, shawl, nursing cover, poncho atau letakkan bayi didalam kain gendong (pouch).
5. Tetapkan kedudukan. Jika berada di restoran atau kafe, pilih kedudukan yang membelakangkan pelanggan lain. Ya, anda boleh menyusu baby tanpa disedari oleh org lain.
Tips2 lain:
~ Bawa air bersama ketika menyusu. Penyusuan boleh mendahagakan anda. Its good to drink a lot of water.
~ Berbual-bual dgn anak yang lebih tua, dan jgn fikirkan sangat tentang perasaan peribadi kita iaitu MALU – utamakan keperluan anak.
~ Tak perlu bawa warmer 2 in 1 atau pemanas susu ibu dan letakkan susu perahan dalam botol – bila anak bersama ibu, dia harus disusukan secara terus. Susu perahan hanyalah bila ibu bekerja atau berpisah sementara.
~ Pakai bra menyusu untuk memudahkan anda apabila menyusu. Ia juga dapat melancarkan pengaliran susu berbanding memakai bra jenis biasa.

Che meow

Click! Tabung SYARIF

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
 

m.e.o.w + i.n.g Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting