Friday, 13 September 2013

Bagaimana untuk kita merawat rasa marah dan kecewa kita kepada anak-anak?

Posted by mrs maryam at 11:19 0 comments

'Saya dah buat macam-macam cara dengan anak saya tetapi sama sahaja. Dia tetap macam tu jugak degilnya.
'Pernah terlintas kata-kata ini?Jika ya, istigfar banyak-banyak. Apa yang kita fikir, cakap dan rasa adalah DOA.

Cara untuk merawat rasa marah kita adalah:

♥ Sumpah
Ya, sumpah perkara yang baik-baik dengan mereka.Contohnya, 'Ibu sumpah adik berjaya macam Bill Gates!' Anak ini terpaksa berjaya, murah rezeki dan hebat sepertinya.

♥ Doa
Apabila kita marah, terus berdoa depan anak tersebut. ' Ya Allah, lembutlah hati ini untuk Alia sentiasa dengar kata ibu dan menjadi anak yang sentiasa disayangi oleh Allah.'

♥ Senyap
Jika kita tidak mampu sangat untuk menahan marah, adalah lebih baik untuk kita senyap, senyum dan minum air. Tarik nafas dan elakkan daripada dekat dan pandang anak itu. Pandangan marah seorang ibu/bapa kepada anak membuatkan anak menjadi mudah meragam terutama apabila waktu tidur.

■ Liyana Malek
http://7saatanakdengarkata.blogspot.com/

Friday, 6 September 2013

Bagaimana mententeramkan anak yang bergaduh sesama sendiri?

Posted by mrs maryam at 14:53 0 comments

1. Tenang
Kita terlebih dahulu kena tenang dan sabar dengan apa yang berlaku. Jika tidak mampu untuk mengawal keadaan anak-anak tersebut, minta bantuan sekiranya perlu.

2. Adil
Abang juga anak kita. Adik juga pun anak kita. Maka, berlaku adil adalah sangat penting kerana silap sedikit menyebabkan anak-anak ini bakal bergaduh dalam jangka masa yang lama.

3. Mohon penjelasan
Sebelum membuat kesimpulan atas apa yang berlaku. Minta setiap anak yang berkelahi meluahkan perasaan mereka. Lihat apa jawapan yang diberikan oleh anak ini.

Source : Liyana Malek
http://7saatanakdengarkata.blogspot.com/

TIPS Bagaimana cara yang betul untuk membersihkan alat sulit bayi??

Posted by mrs maryam at 08:59 0 comments

Menjaga alat sulit bayi lelaki 

♥ Semasa menukar lampin dan mandi, cuci atau sapu di sekeliling penis dan skrotum bayi untuk membuang sebarang kekotoran yang ada. Selepas menukar lampin, gunakan kain basah atau kapas.

♥ Sebenarnya semasa bayi, penis bersih secara semulajadi, jadi jangan menarik kulup penis untuk mencucinya kerana anda tidak dapat menariknya kembali ke tempat asal.

♥ Kulup penis bayi terlekat kepada kepala penisnya. Kulup ini akan tercerai daripada penis menjelang usia dua tahun. Tidak perlu cuba menceraikannya sebelum itu kerana anda mungkin mencederakannya.

♥ Memaksa kulup ke belakang boleh menyebabkan kekoyakan, dan ini akan mencederakan bayi dan meninggalkan parut. Ia juga mungkin menyebabkan masalah bagi bayi anda di kemudian hari.

♥ Jika bayi disunatkan, anda boleh mencuci penisnya semasa mandi. Selepas mandi sapu sedikit jeli petroleum pada penisnya untuk melindungi daripada bergeser dengan lampin.

♥ Sesekali biarkan bayi tidak berlampin seketika bagi membolehkan kemaluannya terdedah pada udara dan lebih cepat pulih

♥ Penis bayi yang disunat akan mengambil masa antara tujuh hingga 10 hari untuk pulih. Beberapa hari selepas disunat, penis bayi akan kelihatan merah dan bengkak dan mungkin terdapat lelehan kekuningan.

♥ Ia adalah tanda-tanda pemulihan normal. Sekiranya penis bayi mendapat jangkitan, ia mungkin menjadi merah yang tidak berkurangan atau berdarah, dan hujung penis menjadi bengkak. Bayi anda akan merasa sakit apabila kencing. Jika bayi didapati mengalami salah satu tanda tersebut, segeralah rujuk dengan doktor.

Menjaga alat sulit bayi perempuan

♥ Semasa menukar lampin, gunakan kapas yang dibasahkan dengan air untuk membersihkan alat sulitnya dari arah depan di bawa ke belakang iaitu dari vagina dan uretra (pembukaan melalui mana dia kencing).

♥ Sekiranya lampin bayi dikotori dengan najis dan ada sedikit najis memasuki bibir vagina (labia) bayi, lakukan langkah berikut:*Gunakan jari (bersih) anda untuk membuka bibir vagina bayi.*Guna kapas basah, untuk menyapu tempat itu dari atas ke bawah, atau depan ke belakang, di bahagian tengah.*Kemudian, ambil lagi kapas basah bersih, dan cuci kedua-dua sisi labia di sebelah dalam.

♥ Membersihkan vagina dari depan ke belakang akan membantu mengelakkan bakteria daripada berpindah dari anus bayi ke vagina dan uretra, dan menyebabkan jangkitan. Apabila memandikan bayi, gunakan kain flanel atau span untuk memercikkan air di sekeliling alat sulit, dan sapu dari depan ke belakang.

♥ Dalam beberapa hari pertama, anda mungkin melihat vagina bayi bengkak dan kemerahan, atau dia mengeluarkan lelehan yang jernih, putih atau berdarah sedikit. Jangan panik kerana ia memang perkara biasa dan berlaku disebabkan bayi terdedah kepada hormon ibu semasa masih berada di dalam uterus (rahim) ibu.

♥ Tetapi, sekiranya bayi masih mengalami lelehan selepas enam minggu pertama, beritahu doktor anda semasa pemeriksaan pertama selepas sebulan lahir.

*Sumber : Pa&Ma

Click! Tabung SYARIF

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
 

m.e.o.w + i.n.g Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting