Resipi

Himpunan resipi-resipi mudah bagi orang yang baru menceburi bidang masak-memasak...
Gerenti best punye~~~




RESEPI OO1 


Ayam Masak Merah (4 orang makan)
Credits to choppy


Bahan
1/2 ekor ayam
sedikit garam & kunyit

Bahan Kisar
 4-5 biji cili kering
1 cm halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar

Bahan Lain
1 biji tomato dipotong dadu
1/2 cawan sos tomato
Garam&gula secukup rasa

Bahan Hias
1/2 biji bawang besar dipotong bulat
Kacang hijau secukupnya

Cara-caranya
1. Bersihkan ayam. Potong ayam kecil-kecil dan gaul dengan garam & kunyit. Goreng ayam hingga 2/3 masak. Tos dan ketepikan.
2. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Kemudian masukkan buah tomato & sos tomato. Gaul hingga naik minyak. Masukkan garam & gula secukup rasa.
3. Masukkan ayam yang digoreng tadi. Biarkan kuah tersebut menjadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balik.
4. Bila kuah telah pekat, masukkan bahan hias. Biar 1-2 minit dan kemudian padamka api & hidangkan.










Click! Tabung SYARIF

 

m.e.o.w + i.n.g Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting