Tuesday 10 May 2011

Kandungan Gula Dalam Susu Formula Bayi

Posted by mrs maryam at 17:30
Assalamualaikum wbt Dan Salam Sejahtera..



Perasan tak ada iklan kat tv mengenai www.semakgula.com.my ? Mungkin ramai yang perasan, tapi tak ambil apa-apa tindakan. Sedarkah anda tentang bahaya pengambilan gula tambahan kepada kita semua? Lebih-lebih lagi kepada bayi..

Ok.. Di bawah ini saya kongsikan panduan untuk menyemak kandungan gula di dalam susu formula bayi anda menggunakan Kalkulator Gula menerusi laman web www.semakgula.com.my

  • Ambil tin atau kotak atau plastik susu formula anak anda. Lihat pada bahagian Kandungan Nutrisi atau Food Nutrision seperti gambar di bawah.
KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS
KANDUNGAN NUTRISI

  • Buka laman web www.semakgula.com.my . Boleh buat pilihan sama ada mahu paparan dalam bahasa inggeris atau bahasa malaysia.
KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS

VERSI ENGLISH

KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS
VERSI BAHASA MALAYSIA

  • Pilih umur anak anda.
KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS
Pilih Umur Anak

  • Lengkapkan bahagian Karbohidrat Per Hidangan (A) dan Saiz Hidangan (B). Rujuk pada gambar Kandungan Nutrisi di atas.
  • Kemudian, tekan butang KIRA SEKARANG.
KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS
Maklumat Yang Perlu Dilengkapkan

  • Berikut adalah paparan mengenai gula tambahan.
KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS
Keputusan Kalkulator Gula

Contoh di atas saya ambil daripada salah satu susu formula yang agak popular. Padan pun susu tu mahal, rupanya, sbb tinggi kandungan gula. Gula kan mahal. Hehehe… Bayangkan, setiap hari, tanpa kita sedari, anak kita mengambil purata 8 sudu gula tambahan sehari??? Belum kira lagi kalau makan gula-gula, aiskrim dan lain-lain.. Harap selepas ini, ibu bapa lebih prihatin dalam pemilihan susu formula untuk anak-anak mereka. Sedar akan bahayanya gula tambahan jika diambil secara berlebihan. Jangan hanya pilih jenama dan populariti sahaja. Baca kandungan nutrisi terlebih dahulu. Buat lah pilihan yang terbaik!

Credits to Nyz Hj. Hashim.
 
Che meow

0 comments:

Post a Comment

Click! Tabung SYARIF

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
 

m.e.o.w + i.n.g Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting