Jom tengok duit syiling malaysia yang terbaru. Agak Unik. Huhu...
Keunikan Malaysia 
Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga
Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga
Ciri-ciri unik yang mencorak  budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk  duit syiling Malaysia siri ketiga ini. Dengan tema 'Keunikan Malaysia',  reka bentuk baharu duit syiling ini memaparkan motif-motif seni  kraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna negara.  Duit  syiling ini menyerlahkan identiti kebangsaan Malaysia yang kaya dan  pelbagai dengan begitu indah sekali.
Bahagian hadapan setiap  denominasi memaparkan motif berbeza, 14 titik untuk melambangkan 13  negeri dan Wilayah Persekutuan dan (kecuali duit syiling 50 sen) lima  garis mendatar bagi menggambarkan   prinsip-prinsip Rukun Negara.   
Bahagian belakang duit syiling  pula memaparkan motif Bunga Raya atau Rosa-sinensis, iaitu bunga  kebangsaan Malaysia, tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan  perkataan 'BANK NEGARA MALAYSIA'. 
50 sen 
Sulur Kacang
Sulur Kacang
Motif sulur kacang pada duit  syiling 50 sen amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir  dalam seni ukiran kayu dan perak mereka.  Kelembutan lingkaran dan  juntaian pokok kacang tergambar dalam ukiran pada barang kemas, peti,  dan juga pada bahagian-bahagian rumah kayu tradisional seperti muka  pintu, bingkai tingkap serta panel kayu pada dinding rumah. Garisan  halus pada latar belakang motif merupakan sebahagian daripada ciri  keselamatan. 
20 sen 
Bunga Melur
                 Bunga melur mendapat tempat  yang istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia. Keharuman  bunga ini menjadikannya sebagai satu elemen penting dalam majlis  tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan.  Motif bunga  melur juga sering terdapat pada hasil kesenian dan pertukangan tangan  tradisional seperti sulaman dan ukiran perak.  Pada duit syiling 20 sen  baharu ini,  bunga melur dipaparkan dengan berlatarkan motif kain destar  sigaBunga Melur
10 sen 
Motif Orang Asli
Motif Orang Asli
Orang Asli di Malaysia cukup  terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan setempat  untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt  yang dipakai di upacara dan majlis tradisional. Setiap kaum memiliki  corak anyaman tersendiri yang lazimnya diilhamkan daripada sistem  kepercayaan dan persekitaran mereka. Duit syiling 10 sen baharu  mengabadikan seni warisan ini dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum  Mah Meri di Semenanjung Malaysia. 
5 sen 
Destar Siga
Destar Siga
Kain destar siga merupakan  sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia biasanya  dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka.  Kain  hiasan kepala ini ditenun terutamanya dengan benang hitam dan diserikan  dengan benang pelbagai warna bercorak geometri serta motif yang  diilhamkan daripada flora dan fauna. Dengan berlatarkan motif sulur  kacang, destar siga menjadi corak utama pada duit syiling 5 sen baharu. 
P/S : Cantik atau tak is subjektif. Haha.
Credits to http://www.bnm.gov.my/microsites/2011/coins/00_overview_bm.htm 
Che meow




2 comments:
bleh buat duit raya.. kih kih
cantik tak cantik yang penting duit....
http://sallehkucing.blogspot.com/
Post a Comment