Tuesday, 6 September 2011

Salam Aidilfitri 30.8.2011@ 1 Syawal 1432H

Posted by mrs maryam at 09:55

Salam Aidilfitri kepada semua yang mengenali diri ini. Dipohon sepuluh jari kemaafan di atas segala salah silap, bahasa pertuturan dan perbuatan.

Raya kali ini adalah raya pertama bagi bermacam-macam permulaan dan penghabisan. Kami sekeluarga beraya di Terengganu. Seronok balik kampung, walaupun penat melayan karenah Syarif dan juga dapat bergosip dengan makcik-makcik. Huhu.

Inilah raya pertama tanpa emak tercinta di sisi. Memang terasa kami sekeluarga, dan juga adik-adik. Masing-masing buat-buat macam takde pape, tapi dalam hati memang rindu teramat dengan mak. Ini lah jugak raya pertama bertiga, dengan kehadiran si kecik Syarif yang menambat hati setiap orang dengan telatahnye. Inilah juga raya pertama dengan orang baru, mama tiri. Tok dan To'ki dapat jugak beraya dengan cicit pertamanye. Gambar je terlupa nak snap. Masing-masing malas nak berfoto tika raya kali ni. Mak dah takde. Haha. Kami still panggil mama tiri dengan gelaran makcik. Makcik perlu berusaha keras untuk dapat gelaran EMAK dari kami. Huhu.

Menu Raya Pertama : Nasi Dagang, Laksa Kuah Masak & Rendang Ayam, Nasi Kapik @ Impit (for my beloved husband)
Menu Raya Kedua : Nasi Dagang & Open House Umah Orang
Menu Raya Ketiga : Mee Goreng , Mee Hoon Goreng, Asam Gupal & Akok - Sambut menantu (event ayah & makcik)


Tema Raya Pertama : Purple
Tema Raya Kedua : Blue
Tema Raya Ketiga dan seterusnya : Caca Merba

P/S: Korang nye raya camne? Hopefully semua best & takde insiden-insiden yang bahaya berlaku.

Lastly, Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin (SHRMZB)


Che meow

0 comments:

Post a Comment

Click! Tabung SYARIF

 

m.e.o.w + i.n.g Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting